Selasa, 4 Oktober 2016
KEISTIMEWAAN MENYERTAI ATOMY
1. Menyertai keahlian Atomy 100% percuma. Anda hanya memerlukan ID ahli Atomy sedia ada sebagai penaja untuk mendaftar.
2. Tidak ada belian paksaan bulanan (monthly auto maintenance) untuk kelayakan mendapatkan bonus.
3. Ahli Atomy mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua perbelanjaan downline yang berada dalam jaringan tanpa peduli level mereka kerana Atomy mengamalkan Pelan Binari 2 kaki.
4. Satu keahlian cuma satu ID dan anda bebas menjalankan perniagaan ke seluruh dunia dan tidak perlu mendaftar akaun baru untuk jalankan perniagaan dan penajaan di negara berbeza.
5. Ahli Atomy tidak perlu bimbang tentang jumlah penajaan dan perebutan dalam menaja kerana semua orang hanya berhak menaja dua orang, tiada placement dan tiada bonus penajaan/bonus sponsoring.
6. Ahli Atomy hanya perlu membuat satu belian saja setahun dan boleh memilih apa saja produk serendah harga $8.00 untuk kekalkan keahlian terus aktif dan terus layak menikmati bonus yang syarikat sediakan.
Tonton Video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=4saDBIAsIFE
PENJELASAN LANJUT:
1. Oleh kerana setiap orang perlu mempunyai ID Penaja untuk mendaftar, maka setiap ahli Atomy perlu bekerja sama antara mereka untuk mendaftar ahli baru kerana setiap ID No cuma dibenarkan menaja maksima 2 orang. Maka ahli yang mempunyai ramai prospek atau kenalan perlu mengguna ID ahli lain di rngkaian bawahnya sebagai penaja kepada ahli baru. Maka semua orang mampu menaja malah penajaan bukan satu yang sukar disebabkan penyertaan keahlian PERCUMA. Ia tak ubah umpama menjemput kawan baik menyertai Kelab Keahlian Percuma yang memberi kebajikan kepada setiap ahli. Tiada satu sen pun duit poket perlu dikeluarkan untuk layak menikmati kebajikan yang tersedia.
TIADA komisen atau bonus diberikan kepada sesiapa yang menaja atau mendaftar ahli baru.Ini adalah bukti jelas bahawa Atomy membuat keuntungan 100% dari jualan produk produknya dan BUKAN sebuah syarikat yang menjana untung dengan mengutip pelbagai yuran yang entah apa apa:
TIADA yuran pendaftaran
TIADA yuran pembaharuan/renewal keahlian
TIADA bayaran pembatalan akaun
TIADA bonus penajaan atau sponsoring bonus
TIADA buku, video atau CD yang diwajibkan beli
TIADA apa pun bayaran tidak perlu yang ahli perlu bayar di Atomy. Ahli hanya perlu beli produk yang mereka perlukan saja dan galakkan rakan melakukan hal yang sama di Atomy. Dan Atomy akan membayar komisyen dan bonus mengikut pelan yang telah ditetapkan.
TIADA beban, TIADA tekanan dan ahli berbelanja secara santai dan menjana komisyen mudah untuk tempoh yang berpanjangan.
2. Tidak seperti syarikat MLM lain Atomy tidak memerlukan anda untuk membuat pembelian bulanan dalam usaha anda untuk mendapatkan komisen dari downline di jaringan bawah anda (apabila volume anda sudah layak). Tidak seperti syarikat-syarikat lain mata PV Pembelian Peribadi anda akan akumulasi dan terkumpul selama hayat anda di Atomy. Maklumat lanjut berkenaan hal ini akan diberikan nanti. TETAPI anda mesti membeli sekurang-kurangnya SATU produk setahun untuk mengekalkan kedudukan anda dalam Atomy (tidak peduli nilai pembelian anda itu berapa. Anda cuma perlu membuat satu pembelian walau semurah mana pun harga produk itu).
3. Oleh kerana anda boleh mendaftar sesiapa sahaja dari 6 negara yang Atomy sedang beroperasi sekarang (Atomy bercadang untuk membuka 38 buah negara yang berbeza dalam masa terdekat termasuklah Malaysia), maka anda tidak perlu bimbang tentang perlunya membuka akaun baru di negara-negara lain untuk mengembangkan perniagaan Atomy anda. Syarikat ini walau pun baru berusia 5 tahun namun ia TIDAK akan berhenti membesar kerana penyelidikan dan pembangunan Atomy telah dibiayai oleh kerajaan Kore (Keiri + Kolmar + Atomy). Inilah juga antara sebab mengapa Atomy boleh menjual produk mereka yang berkualiti hebat lagi efektif pada harga yang murah itu. Tiada orang tengah.
4. Seperti yang dinyatakan sebelumnya Atomy melaksanakan pelan sistem binari 2 kaki dan ahli ahli Atomy perlu berkerjasama untuk membantu antara satu sama lain membina satu "powerline" yang besar dan "powerful". Apakah maksud ini? Ianya bermakna kita hanya perlu terus membina satu garis lurus keahlian ke bawah sehingga kita mula melihat hasil konsisten dan sinergi dari semangat saling kerjasama ini. Dan ini bukan sulit dilakukan dalam kondisi penyertaan adalah PERCUMA.
Secara peribadi, saya sendiri juga akan mempertimbangkan untuk membina satu "powerline" yang mampu menghasilkan sehingga 2.4 juta point untuk setiap 15 hari. Hanya selepas ini berlaku, barulah saya akan memikirkan untuk memulai kaki kedua. JANGAN RISAU tentang angka 2.4 juta point itu kerana anda hanya memerlukan sekitar 50 orang saja yang membuat belian bulanan atau memberi sumbangan terhadap peningkatan point (GPV). Ketika ini pendapatan anda dari Bonus Umum atau Bonus Pairing sahaja sudah menjengah RM50,000 sebulan. Penjelasan lebih lanjut tentang CARA MENJANA DUIT di Atomy akan diberi secara terperinci dalam posting berikutnya...
APA produk yang tidak Atomy jual? Atomy menjual produk harian yang sebenarnya anda dan orang ramai perlukan. Antaranya ialah produk penjagaan diri, produk kecantikan, supplement untuk kesihatan dan untuk bantuan merawati penyakit tertentu seperti cancer umpamanya (produk HemoHim). Jika anda pergi ke laman web rasmi Atomy.Com, anda akan dapat melihat sendiri senarai produk produk yang banyak itu. Produk kegunaan harian seperti syampu, ubat gigi, berus gigi, pencuci tubuh dan lain lain juga ikut dijual. Produk produk Atomy akan terus bertambah dan baiknya kerana ke semua produk produk Atomy adalah hasil teknologi, kajian dan produksi syarikat ini sendiri, BUKAN produk dari perjanjian kontrak, manufacturing contract dan OEM dari pihak ketiga seperti yang ada dalam hampir semua MLM lain. Atomy mengawal segalanya dari teknologi, kualiti dan harga produk dan tidak perlu risau tentang manipulasi pembekal yang sering berlaku dalam banyak syarikat lain yang akhirnya menyebabkan peningkatan harga, kejatuhan kualiti dan kesan negatif lain. Atomy akan menjadi umpama "mini market" (kalau pun bukan pasaraya) dan akan terus memasarkan jenamanya sendiri ke seluruh dunia melalui penumbuhan center center milik pengedar rank tertinggi (di biayai sepenuhnya oleh Atomy Korea) di semua bandar bandar utama setiap negara (umpama stokis Cosway atau kedai 7 Eleven).
Hentikan membeli barang dari pasar raya dan mini market yang tidak membayar apa-apa insentif kepada anda! Berbelanjalah di Atomy sambil mencipta pendapatan yang mudah selain menjimatkan perbelanjaan melalui pendapatan sampingan yang anda perolehi.
Bagaimana sistem ini berbeza?
Matlamat Atomy adalah untuk menukar tabiat pembelian manual pengguna kearah "pengguna auto". Ini bermakna semua orang dijaringan bawahan anda hanya perlu atau akan membeli apa yang mereka benar benar perlukan dari laman web Atomy (tidak perlu lagi membeli produk di luar sana kalau ia boleh didapati di Atomy). HANYA apabila mereka memerlukan produk (Jangan bazirkan wang anda dan elak membeli barangan yang tidak diperlukan DAN jangan cuba untuk membeli dan menjual kepada orang lain kerana anda tidak boleh menjana wang yang banyak dengan cara begini dalam sistem Atomy KECUALI jika anda membeli dalam kuantiti @ set yang lebih besar, kerana "bulk purchase" di Atomy memberi harga jauh lebih murah).
Terdapat banyak lagi perkara yang anda perlu tahu untuk berjaya. Dan anda akan berjaya dalam perniagaan ini kerana resiko anda hampir pasti langsung TIADA. Anda sertai Atomy tanpa perlu membayar apa-apa yuran pendaftaran. Tiada yuran keahlian sama sekali malahsyarikat ini telah mengamalkan sistem "capping" (tidak seperti mana-mana syarikat lain) dimana setiap ahli hanya dibenarkan untuk menjana pendapatan maksima USD100,000 sebulan atau sekitar USD1.2 juta setahun supaya ahli ahli yang mendaftar dan menyertai Atomy kemudian selepas anda, juga mempunyai peluang yang sama menjana pendapatan tidak kurang banyaknya seperti anda. Sudah PASTI semua orang dan ahli akan gembira dengan situasi ini. Inilah yang akhirnya akan mendorong kelangsungan syarikat serta residual income selama mungkin kepada ahli Atomy dengan sekali usaha sahaja. Syarikat-syarikat MLM lain tidak meletakkan had untuk berapa banyak orang boleh menjana wang, menjadikannya mustahil untuk semua orang dan ahli syarikat syarikat berkenaan berjaya dan dapat menjana pendapatan besar setanding ahli ahli terawal. Inilah kecantikan Atomy berbanding peluang peluang MLM yang lain.
PELAN PEMASARAN ATOMY
https://www.youtube.com/watch?v=D31IWOZ5g-Y
https://www.youtube.com/watch?v=CMsYjFF_460
Langgan:
Catatan (Atom)